Tentang Harmoni Prihatin Malaysia

Harmoni Prihatin Malaysia (HPM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertubuh bagi membantu mereka yang memerlukan yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 24 Julai 2024 dengan No. Pendaftaran: PPM-020-14-10072024.

HPM tertubuh daripada respon terhadap konflik kemanusiaan di Gaza yang memuncak pada tahun 2023, sebelum didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah NGO pada 2024. Sejak penubuhannya, HPM komited menyalurkan bantuan, harapan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang. Dengan berteraskan amanah, integriti dan kerjasama strategik, setiap sumbangan diurus serta disalurkan bagi memberikan impak yang bermakna kepada masyarakat yang memerlukan.

Pasukan HPM sentiasa aktif di lapangan, turun sendiri untuk mengenal pasti keperluan komuniti serta menyampaikan bantuan secara terus kepada penerima. Pendekatan ini membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan, telus dan tepat kepada golongan sasaran.

Sehingga kini, HPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif kemanusiaan dan kebajikan di tujuh buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Kemboja, Malawi, Tanzania, Palestin dan Syria. Usaha ini merangkumi bantuan kecemasan, kebajikan, pendidikan, kesihatan serta pembangunan komuniti yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat yang terkesan.

Dengan sokongan para penyumbang, rakan strategik dan sukarelawan, HPM akan terus memperkukuh usaha kemanusiaan demi membina masyarakat yang lebih harmoni, prihatin dan berdaya tahan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Team HPM
Team HPM
Team HPM
Team HPM
Team HPM
Team HPM
Misi Bantuan

Misi & Visi Kami

Misi Kami

Visi Kami

Pasukan Kami

Carta Organisasi Pasukan HPM menggambarkan struktur kepimpinan dan pembahagian tanggungjawab dalam pasukan kami. Setiap jawatan disusun dengan jelas bagi memastikan kelancaran pengurusan, keberkesanan pelaksanaan program, serta kecekapan dalam menyampaikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.