Sumbangan anda adalah harapan buat mereka yang sedang berjuang. Melalui kempen ini, setiap dana yang anda hulurkan mampu meringankan beban dan membuka peluang untuk kehidupan yang lebih baik. Sertai dengan mengisi borang sumbangan di bawah.
Mereka Tidak Meminta Banyak. Mereka Hanya Mahu Terus Hidup.
BAYANGKAN anak kecil menangis kerana lapar. Tetapi tiada makanan untuk diberikan. BAYANGKAN seorang ibu memegang botol kosong sedangkan anaknya memerlukan susu. Tetapi tiada apa yang mampu dibeli. Inilah realiti. HARGA MAKANAN meningkat berkali ganda. BEKALAN AIR BERSIH semakin sukar diperoleh.
Bantuan yang masuk terlalu sedikit berbanding jumlah keluarga yang memerlukan. Setiap hari berlalu dengan persoalan yang sama:
“YA RABB..APA YANG AKAN ANAK – ANAK KAMI MAKAN HARI INI?”
Di sebalik laporan berita dan angka statistik, terdapat manusia sebenar yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. KANAK-KANAK. WANITA. WARGA EMAS.
Mereka sedang menunggu. Menunggu bantuan. Menunggu makanan. Menunggu air. Dan mungkin juga MENUNGGU BANTUAN KITA.
Melalui Kempen Prihatin Palestin, sumbangan anda akan membantu menyediakan MAKANAN ASAS, SUSU BAYI, BEKALAN AIR BERSIH dan BANTUAN KECEMASAN kepada mereka yang memerlukan.
مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ
Maksudnya:“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat…” [Riwayat Muslim]