HARMONI PRIHATIN MALAYSIA DI TENGAH SISA KEBAKARAN

AKTIVITI | 19 JUN 2026

15 Jun 2026- Harmoni Prihatin Malaysia (HPM) menyantuni mangsa perkampungan yang terbakar di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu, Kelantan yang menyaksikan 27 buah rumah musnah manakala 7 buah lagi terjejas akibat kebakaran.

Tragedi ini bukan sahaja memusnahkan kediaman yang berusia lebih 100 tahun, malah menghilangkan pelbagai kenangan dan sejarah kehidupan yang tersimpan sekian lama.

Di sebalik kemusnahan yang berlaku, sebuah surau yang terletak berhampiran lokasi kebakaran masih kekal utuh, mengingatkan kita bahawa dalam setiap ujian, masih ada ruang untuk menguatkan hati dan bergantung harap.

HPM turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya Masjid Mukim Banggol dan Kerajaan Negeri Kelantan atas bantuan kilat yang disalurkan kepada mangsa.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar mereka diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan pengganti yang lebih baik.

Kerana yang terbakar bukan sekadar rumah, tetapi juga sebahagian daripada kenangan dan kehidupan mereka.

#KgGokKapor #KebakaranKelantan

Disiarkan Oleh: Digital Harmoni Prihatin Malaysia