Harmoni Prihatin Malaysia Berkongsi Rezeki Dengan Warga Fasa 10 Sri Gombak

AKTIVITI | 13 JUL 2026

10 Julai 2026 – HPM Bermula seawal sebelum Subuh pada Jumaat yang berkat dengan suasana yang damai.

Bukan untuk mengejar urusan dunia, tetapi untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai.

Awalnya, kami tidak tahu siapa yang datang dan menerima. Kami cuma berharap, semoga ada hati yang dapat digembirakan.

Tiba waktu agihan, mereka hadir. Ada yang tersenyum. Ada yang mengucapkan, “𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵..” Ada yang mendoakan, “𝗠𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗿𝗲𝘇𝗲𝗸𝗶 𝘆𝗮..”.

Mungkin bagi mereka, itu sekadar ucapan, namun bagi kami, itu sudah cukup.

Kebahagiaan memberi bukan pada nilai makanan yang diberi. Kebahagiaan itu hadir apabila kita melihat orang lain pulang dengan senyuman.

Alhamdulillah, hari ini kami buat drive thru 30 bungkus makanan percuma di Fasa 10, Taman Sri Gombak.

Lebih seronok apabila pelbagai bangsa hadir. Pihak KRT Fasa 10 Tmn Seri Gombak turut turun padang memberikan sokongan.

Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada kebaikan hari ini. Moga Allah terima.

#InfaqMakanan #MisiPrihatinDemiInsan

Disiarkan Oleh: Digital Harmoni Prihatin Malaysia