Alhamdulillah, selesai sudah program BRIDGE: CONNECTING TWO DIFFERENT CULTURS yang berlangsung pada 27–31 Ogos di KOA Makmur, Ulu Kinta, Perak.
Sekitar 800 warga Orang Asli disantuni, bukan hanya dengan bantuan pek makanan asas, tetapi juga melalui dakwah, silaturahim dan kebersamaan.
Lebih istimewa, detik 31 Ogos diraikan bersama warga KOA Makmur, berkongsi kegembiraan dan menghayati makna kemerdekaan bersama.
Syabas dan tahniah buat Community Outreach for Orang Asli Development Club (COMRADE) IIUM selaku penganjur utama, bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai penganjur bersama atas kejayaan program ini.
Harmoni Prihatin Malaysia (HPM) berbesar hati dapat menyokong usaha murni ini. Kami hargai dan ucapan terima kasih semua yang menjayakan program istimewa ini.
“Kemerdekaan bukan hanya tentang siapa yang berada di hadapan, tetapi tentang siapa yang kita pilih untuk tidak tinggalkan di belakang.”
SALAM MERDEKA KE-69 🇲🇾❤️







