Sumbangan Anda, Harapan Mereka

Sumbangan anda adalah harapan buat mereka yang sedang berjuang. Melalui kempen ini, setiap dana yang anda hulurkan mampu meringankan beban dan membuka peluang untuk kehidupan yang lebih baik. Sertai dengan mengisi borang sumbangan di bawah.

SEBUAH KEPERLUAN YANG BELUM DIPENUHI

Di sebuah maahad yang terletak di Jalan Bukit Cherakah, Kapar, Selangor, sekumpulan pelajar sedang berusaha menghafal kalam Allah setiap hari.

Mereka bukan sekadar pelajar biasa. Mereka adalah generasi yang sedang MEMBAWA AL-QURAN DALAM DADA MEREKA.

Namun di sebalik usaha menghafal ayat demi ayat, terdapat satu cabaran yang jarang diketahui ramai.

Kenderaan yang digunakan oleh pihak maahad untuk urusan rasmi, program pendidikan, kebajikan pelajar dan pelbagai aktiviti luar kini semakin uzur dan kerap mengalami kerosakan.

Ada ketika perjalanan terpaksa DITANGGUHKAN. Ada ketika urusan penting terpaksa DIBATALKAN. Dan KEBIMBANGAN menyelubungi setiap kali kenderaan memulakan perjalanan.

 

Bagi sebuah institusi yang bergerak aktif membina generasi Al-Quran, kenderaan bukanlah kemewahan. Ia adalah keperluan. KEPERLUAN YANG TERTANGGUH.

Hari ini, kami mengajak anda menjadi sebahagian daripada usaha memastikan perjalanan ilmu ini terus bergerak.

Jujurnya, mungkin anda tidak mampu menghafal 30 juzuk Al-Quran seperti mereka.

Tetapi anda mampu membantu mereka meneruskan perjalanan menuju cita-cita tersebut.

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengangkat dengan kitab ini (al-Quran) kaum-kaum dan menjatuhkan dengan kitab ini (al-Quran) golongan yang lain.” [Riwayat Muslim]

Recent Donations

  • Donation icon
    Azrai donated MYR 20.00
    2 weeks ago
  • Donation icon
    Ilya donated MYR 100.00
    2 weeks ago
  • Donation icon
    Muhammad Akmal donated MYR 20.00
    2 weeks ago
  • Donation icon
    azi donated MYR 50.00
    2 weeks ago
  • Donation icon
    Hamba Allah donated MYR 20.00
    2 weeks ago

Top Donors

  • Donor avatar
    Muhammad Akmal Ribbon
    MYR 210.00
  • Donor avatar
    Anuar Ribbon
    MYR 5.00
  • Donor avatar
    Hamba Allah Ribbon
    MYR 5.00
  • Donor avatar
    Hamba
    MYR 5.00