MERDEKA UNTUK GAZA: MATI BUKAN KERANA PELURU, TAPI KERANA KEBULURAN!!
Di saat kita meraikan kemerdekaan dengan penuh makna, ribuan penduduk Gaza berdepan penderitaan bukan kerana peluru, tetapi kerana kebuluran. Anak-anak di sini menyanyi dengan riang, sementara anak-anak Gaza menahan lapar dan dahaga, mengharapkan belas ihsan dunia.

Merdeka Kita, Derita Mereka

Malaysia sudah lama mengecapi nikmat kemerdekaan, namun saudara kita di Gaza masih terpenjara dalam penderitaan tanpa kebebasan sebenar. Jangan pernah kita lupakan mereka! Jadilah suara dan harapan di saat mereka terus berjuang untuk hidup.

Di Sana, Anak-Anak Menangis Kerana Lapar

Saat anak kita kenyang dan memilih makanan, anak-anak Gaza menahan sakitnya kelaparan. Tubuh mereka semakin lemah, jiwa mereka semakin hilang harapan. Lebih 62,000 telah syahid, dan setiap hari yang berlalu hanya menambah tangisan ibu-ibu yang kehilangan anak mereka.

Misi Bantuan
Misi Bantuan
Misi Bantuan
Misi Bantuan
Misi Bantuan

Mereka Hanya Ingin Hidup...

Mereka tidak meminta kemewahan, hanya hak asasi manusia seperti makanan, air bersih, dan tempat berlindung yang selamat. Namun bagi rakyat Gaza, keperluan asas ini menjadi perjuangan harian yang penuh pengorbanan, di tengah runtuhan, kelaparan, dan ketakutan yang tidak pernah berakhir dari kekejaman Israel.

Info Palestin
Info Palestin
Info Palestin

Peluang Anda Menjadi Penyelamat Nyawa

Jangan Biarkan Mereka Terus Kebuluran! Setiap Ringgit Anda Adalah Nadi Kehidupan

Mungkin sumbangan anda hari ini hanya sedikit dari poket, tetapi di sisi Allah, besar nilainya. Setiap ringgit yang disalurkan menjadi sebab Allah angkat darjat kita dan keluarga di akhirat kelak. Jangan berlengah lagi, jadi penyelamat segera! Sumbangan anda boleh memutarkan roda kehidupan saudara-saudara kita di sana.

Jenis Bantuan

Makanan Asas Untuk Ribuan Penduduk Yang Sedang Kebuluran

Jenis Bantuan

Bekalan Air Bersih Bagi Mencegah Penularan Wabak Penyakit

Jenis Bantuan

Susu-Susu Formula Untuk Kanak-Kanak Yang Kurang Nutrisi

Jenis Bantuan

Keperluan Kritikal Lain Seperti Khemah Dan Tempat Perlindungan

ALLAH MENYAKSIKAN PILIHAN KITA — MEMBANTU ATAU MENGABAIKAN GAZA?
"Tidaklah salah seorang dari kalian bersedekah dengan harta yang baik, dan memang Allah hanya menerima dari yang baik, kecuali pasti Allah Ar-Rahman akan mengambil sedekah tersebut dengan tangan kanan-Nya, walaupun berupa sebutir kurma." (HR. Al-Bukhari)