Himpunan projek-projek bantuan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan pada masa hadapan. Setiap perancangan disusun dengan matlamat untuk terus menyokong insan yang memerlukan dan memastikan kesinambungan usaha kebajikan.

Kempen ini dirancang bagi menyalurkan bantuan menyeluruh kepada ribuan penduduk Gaza yang sedang berdepan kebuluran dan krisis kemanusiaan. Antara keutamaan termasuk bekalan makanan asas, air bersih untuk mencegah penularan penyakit, susu formula bagi kanak-kanak yang mengalami malnutrisi, serta keperluan kritikal lain seperti khemah dan tempat perlindungan sementara.

Kempen korban ini dianjurkan sebagai usaha berterusan untuk memastikan manfaat ibadah korban dapat disalurkan kepada komuniti yang memerlukan di dalam dan luar negara. Melalui pakej yang ditawarkan meliputi Malaysia, Kemboja & Aceh serta Afrika, setiap sumbangan akan diuruskan secara telus dan terancang agar sampai kepada penerima yang layak.

Projek Prihatin Asnaf menyalurkan bantuan terus ke lokasi yang terpilih termasuk Sandakan (Sabah), Madrasah Medan (Indonesia), Madrasah Mazahirul Ulum (Kedah) dan Infaq Qaseh (Lembah Klang), demi meringankan beban mereka yang memerlukan.

HPM bakal membuka Charity Shop di Wangsa Melawati sebagai inisiatif menjana dana kebajikan. Barangan sumbangan akan dijual pada harga mampu milik, dan hasilnya disalurkan untuk membantu asnaf, yatim serta mereka yang memerlukan.

HPM bakal membuka Scottage Café di Wangsa Melawati sebagai sebuah kafe sosial yang menjana dana kebajikan. Setiap pembelian di kafe ini secara langsung menyokong misi bantuan HPM untuk asnaf, yatim dan mereka yang memerlukan.