MERDEKA UNTUK GAZA: MATI BUKAN KERANA PELURU, TAPI KERANA KEBULURAN

Anak-anak kita dijulang dengan lagu kemerdekaan, anak-anak Gaza terbaring menahan perut kosong — menunggu belas ihsan dunia.

BAYANGKAN INI...

Di saat anak-anak kita memilih makanan terbaik dan membuang yang tidak disukai… Di Gaza, 9 dari 10 kanak-kanak mengalami kebuluran teruk dan kekurangan zat makanan kritikal. Tubuh kecil mereka bukan sekadar kurus, tetapi mengalami stunting dan wasting akibat kekurangan nutrisi asasi.

Setiap detik, nyawa kanak-kanak Gaza terancam bukan hanya oleh bom, tetapi oleh kebuluran yang perlahan-lahan meragut nyawa. Lebih 62,000 syahid telah gugur dalam tempoh 2 tahun ini. Jeritan ibu yang melihat anaknya kebuluran sudah menjadi “zikir” harian bumi Gaza.

MEREKA HANYA INGIN HIDUP...

Mereka hanya meminta HAK ASASI MANUSIA – makanan asas, air minuman selamat, dan tempat berlindung.

Kita di sini mempunyai pilihan, sementara mereka di Gaza:

PELUANG ANDA MENJADI PENYELAMAT NYAWA

Dengan sumbangan anda, anda boleh memberikan:

Makanan Asas Untuk Ribuan Penduduk Yang Sedang Kebuluran

Bekalan Air Bersih Bagi Mencegah Penularan Wabak Penyakit

Susu Formula Untuk Kanak-Kanak Yang Mengalami Malnutrisi Teruk

Keperluan Kritikal Lain Seperti Khemah Dan Tempat Perlindungan Sementara

SETIAP RINGGIT ANDA ADALAH NADI KEHIDUPAN

Sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api

(HR. Tirmidzi)

Jangan berlengah lagi - jadi penyelamat segera. Sumbangan anda boleh putar roda kehidupan mereka

SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI:

JANGAN BIARKAN MEREKA TERUS KEBULURAN...

Mungkin sumbangan anda hari ini hanya sedikit dari poket, tetapi di sisi Allah, ia besar nilainya. Setiap ringgit yang disalurkan menjadi sebab Allah angkat darjat kita dan keluarga di akhirat kelak.

Tidaklah salah seorang dari kalian bersedekah dengan harta yang baik, dan memang Allah hanya menerima dari yang baik, kecuali pasti Allah Ar-Rahman akan mengambil sedekah tersebut dengan tangan kanan-Nya, walaupun berupa sebutir kurma

(HR. Al-Bukhari )