MAKLUM BALAS PERTUBUHAN KEBAJIKAN HARMONI DAN PRIHATIN MALAYSIA (HPM) TERHADAP TUDUHAN TIDAK BERASAS OLEH BEKAS PENGERUSI (NOR HASHIM BIN ABDULLAH)
LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2026 — Pertubuhan Kebajikan Harmoni dan Prihatin Malaysia (HPM) mengambil maklum bahawa Nor Hashim bin Abdullah, iaitu bekas Pengerusi HPM, telah mengeluarkan pelbagai tuduhan tidak berasas dan naratif mengelirukan berkaitan pengurusan pertubuhan, pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK), serta penggunaan dana HPM.
Pada tarikh 13 November 2025, satu Mesyuarat AJK Khas HPM telah memutuskan untuk melucutkan keahlian dan jawatan Nor Hashim selaras dengan Fasal 5(2) dan Fasal 8(5) Perlembagaan HPM berhubung isu tatakelola pertubuhan dan surat rasmi pada tarikh 21 November 2025 dengan (Ruj.Kami: HPM/A02/21/112025) telah dikeluarkan. Secara rasminya sejak itu, beliau tidak lagi mempunyai sebarang autoriti dalam urusan pertubuhan termasuk melantik mana-mana individu bagi menganggotai pertubuhan.
Walau bagaimanapun, HPM telah mengesan usaha untuk menukar data AJK dalam akaun di eROSES serta penggunaan tandatangan AJK (Setiausaha) tanpa kebenaran dan tidak sah di sisi undang-undang. Sehubungan itu, akaun berkenaan kini berada dalam proses semakan dan pemantauan pentadbiran bagi tujuan pengesahan maklumat serta pengukuhan keselamatan data pertubuhan.
Justeru, HPM ingin menegaskan bahawa semua AJK berikut adalah sah dan kekal berjawatan, dan pelantikan mereka telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) selaras dengan Fasal 8 (8) Perlembagaan HPM (Lampiran A):
1. Mohd Jamil Bin Yaacob — Pengerusi
2. Muhammad Khairul Iman Bin Hussin — Timbalan Pengerusi
3. Azwan Hilman Bin Ahmad — Setiausaha
4. Siti Khadijah Binti Hassan Berseri — Penolong Setiausaha
5. Mohd Khairul Annuar Bin Jasman — Bendahari
6. Muhammad Syukri Bin Abd. Hakim — Ahli Jawatankuasa
7. Nik Nur Afiqah Bin Nik Wel — Ahli Jawatankuasa
HPM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa bantuan Gaza disekat. Sebaliknya, segala transaksi dana ditangguhkan secara berfasa bagi tujuan audit dalaman, namun bantuan tetap disalurkan kepada penerima melalui saluran yang ditetapkan.
Langkah tersebut dilaksanakan susulan pengesanan cubaan pengeluaran dana tanpa kelulusan melalui dokumen yang tidak sah. HPM memandang serius perkara ini dan tindakan susulan sedang dijalankan bagi memastikan dana pertubuhan kekal selamat, telus serta disalurkan kepada penerima yang berhak.
HPM juga menegaskan bahawa penggunaan dana bagi kos pengurusan, gaji, elaun, serta kebajikan kakitangan termasuk perubatan dan cermin mata adalah selaras dengan Fasal 15(5) Perlembagaan HPM dan Polisi HPM Bahagian 13 (13.1 & 13.2). Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara serta diakui secara bertulis oleh Nor Hashim (Bekas Pengerusi) semasa beliau masih memegang jawatan melalui Surat Aku Janji (Lampiran B).
Sehubungan itu, HPM telah mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan serta perlindungan kepentingan pertubuhan. Tindakan lanjut sedang dijalankan bagi mengekalkan integriti, akauntabiliti dan keselamatan dana awam.
Orang awam dinasihatkan untuk merujuk hanya kepada kenyataan rasmi HPM melalui laman web: https://harmoniprihatinmalaysia.com/ dan Facebook rasmi pertubuhan sahaja: https://www.facebook.com/share/1HJAuH3qSk/ serta terus menyokong usaha kebajikan HPM dengan penuh kepercayaan dan amanah.
Sebarang kekeliruan dan pertanyaan boleh diajukan di talian +601161519166 (Hotline HPM).
TAMAT.
SEKRETARIAT PERTUBUHAN KEBAJIKAN HARMONI DAN PRIHATIN MALAYSIA