MUSIM SEJUK MENGHAMPIRI GAZA, 60,000 KANAK-KANAK KEHILANGAN IBU BAPA

“ “Dunia bersiap menyambut musim sejuk. Anak-anak Gaza pula bersiap untuk bertahan hidup.” GAZA, 21 Oktober 2026 — Lebih 60,000 kanak-kanak Palestin di Semenanjung Gaza dilaporkan kehilangan ibu, bapa atau kedua-duanya, manakala lebih 20,000 kanak-kanak terbunuh sejak perang bermula pada Oktober 2023. Menurut laporan UNICEF, puluhan ribu kanak-kanak kini terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ibu bapa, […]

AMARAN CUACA BURUK DI ACEH: WARGA DIMINTA WASPADA HUJAN LEBAT DAN PETIR

“ Pihak BPBD Aceh Besar meletakkan seluruh wilayah dalam mod berjaga-jaga. Penduduk di kawasan rendah dan cerun bukit diminta bersiap sedia untuk pelan pemindahan kecemasan jika keadaan mendesak ACEH, 1 Oktober 2026 – Penduduk di wilayah Aceh diminta meningkatkan kewaspadaan terhadap potensi cuaca buruk susulan ramalan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) yang menunjukkan kemungkinan […]

PERSIDANGAN AGUNG PBB 2026: GAZA MENJADI TUMPUAN, MACRON PERSOAL KREDIBILITI ANTARABANGSA

“ “Ketika pemimpin dunia berbahas di New York, realiti di Gaza kekal jauh daripada meja diplomasi.” NEW YORK, 23 September 2026 – Ketika pemimpin dunia berhimpun di New York bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-81, Gaza kembali menjadi antara isu paling menonjol dalam perbahasan antarabangsa. Krisis kemanusiaan di Gaza, masa depan Palestin dan […]

70 PERATUS GENERATOR HOSPITAL GAZA TIDAK BERFUNGSI, KRISIS TENAGA SEMAKIN MENEKAN

“ “Justeru, persoalannya bukan hanya berapa banyak generator yang telah berhenti berfungsi, tetapi berapa lamakah lagi Gaza mampi bertahan dengan keadaan bekalan tenaga yang semakin terhad.” BANDAR GAZA, 17 September 2026 – Sekitar 70 peratus generator elektrik di hospital-hospital Gaza dilaporkan telah tidak berfungsi, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, ketika kekurangan bahan api, minyak enjin dan […]

25 TAHUN 9/11: GAZA MASIH BERDEPAN SERANGAN DAN KEMATIAN

“ “Semalam (10 September) sebelum ulang tahun 9/11, sebuah keluarga di Beit Lahia, utara Gaza, kehilangan empat anggotanya dalam satu serangan udara.” GAZA | 11 SEPTEMBER 2026 — Ketika Amerika Syarikat memperingati ulang tahun ke-25 serangan 11 September 2001 yang mengorbankan 2,977 orang, keadaan di Semenanjung Gaza masih dilaporkan tegang dengan serangan dan kematian terus […]

GAZA SEMAKIN GENTING: BEKALAN MAKANAN MENGURANG, BANTUAN DIPOTONG

“ “Gaza bukan hanya berdepan masalah makanan. Ia adalah krisis pembiayaan bantuan, akses kepada air dan kesihatan awam yang berlaku serentak.” BANDAR GAZA, 3 September 2026 — Keadaan kemanusiaan di Gaza terus membimbangkan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini. Kekurangan dana mula memberi tekanan kepada bantuan makanan, jutaan penduduk berdepan pengurangan bekalan air, dan WHO […]

Merdeka, Dengan Menyantuni Komuniti Orang Asli

Alhamdulillah, selesai sudah program BRIDGE: CONNECTING TWO DIFFERENT CULTURS yang berlangsung pada 27–31 Ogos di KOA Makmur, Ulu Kinta, Perak. Sekitar 800 warga Orang Asli disantuni, bukan hanya dengan bantuan pek makanan asas, tetapi juga melalui dakwah, silaturahim dan kebersamaan. Lebih istimewa, detik 31 Ogos diraikan bersama warga KOA Makmur, berkongsi kegembiraan dan menghayati makna […]

Detik Hitam 57 Tahun Al-Aqsa Dibakar, Al-Quds Masih Terjajah — Anak Gaza Melawan Kebuluran

“ Jika pada 1969 api membakar sebahagian daripada Al-Aqsa, hari ini krisis kemanusiaan pula sedang menghakis kesihatan dan tumbesaran generasi kanak-kanak Palestin. GAZA — Esok, 21 Ogos 2026, genap 57 tahun sejak Masjid Al-Aqsa menjadi sasaran pembakaran dalam satu tragedi yang menggemparkan dunia Islam dan menjadikan Al-Quds semakin kukuh sebagai simbol perjuangan Palestin. Pada 21 […]

KRISIS AIR: MENJELANG SEPTEMBER, GAZA BERDEPAN SUHU DALAM KHEMAH MELEBIHI 45°C DAN HABA LETUPAN SEHINGGA 3,500°C

GAZA, 13 Ogos 2026 — Krisis bekalan air bersih di Gaza semakin membimbangkan ketika cuaca panas memuncak menjelang Oktober ini. Ini menambah tekanan terhadap penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan kini bergantung kepada khemah serta penempatan sementara. Keadaan itu meningkatkan risiko dehidrasi, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan golongan yang tinggal dalam keadaan perlindungan […]

“KITA MERDEKA, MEREKA MENANTI”: HPM MULAKAN KEMPEN MERDEKA UNTUK GAZA DI BANTING

BANTING, 7 Ogos 2026 — Sempena bulan kemerdekaan yang bakal disambut rakyat Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Harmoni dan Prihatin Malaysia (HPM) memulakan gerak kerja Kempen “Merdeka Untuk Gaza” dengan membawa satu mesej yang sederhana, tetapi sarat makna: “Kita Merdeka. Mereka Menanti.” Pelancaran kempen berlangsung pada Jumaat lalu di Restoran Tok Ayah, Banting, hasil kesudian pemilik premis, […]